Monday, August 8, 2016

Hilangnya seorang kawan.

Salam semua.

Dah lama tak menulis.
hati rasa nak menulis dan meluah sebab sesuatu yang aku nak cerita ni agak terkesan kepada diri aku..
aku rasa aku perlu untuk terus ingat peristiwa ni so perlu abadikan dalam blog..

kisahnya tentang seorang rakan baik.
rakan yang membesar bersama aku suatu ketika dahulu.
aku namakan rakan aku ni sebagai A.
kami berkawan rapat semasa sekolah menengah. tingkatan satu masa hingusan hingga habis SPM.
aku memang tak punya kawan lain selain dia masa sekolah dulu.
aku berkawan bertiga tapi dia yang aku kawan dulu so secara teknikalnya aku rapat sikit dengan A berbanding yang seorang lagi.

selepas masing2 bawa haluan untuk belajar universiti/politeknik, A pun dah ramai rakan lain which is aku tengok pun perangai dia pun dah berubah. A bukan soft girl yang aku kenal dlu.
she just different. tp aku kena la accept kan. manusia memang akan berubah ikot masa. then kami bertiga telahpun bekerja dan berkahwin sekarang.

rezeki aku sampai awal. antara kami bertiga aku yang dapat tawaran sambung belajar universiti dlu then kerja dlu dan berkahwin.cuma rezeki mereka berdua lebih awal untuk anak2. walaupun diorg baru kawin tapi masing2 dah ada anak. aku je yang belum.

dipendekkan cerita berlaku satu tragedi antara A dan aku. benda yang simple aje sebenarnya, A tersalah kata dan gaya bergurau dengan aku masa tu.. cuma masa tu aku yang tak dapat terima dan kawal emosi. kisahnya kawan yang seorang lagi turun KL.

tapi sebelum nak turun kawan seorang lagi tu siap pesan pada aku dan A nak jumpa. (A tinggal di KL juga mcm aku) bila dah turun KL akhirnya tak dapat jumpa sebab anaknya buat hal. masa tu aku ada kursus di bangi namun bergegas balik KLCC sebab nak jumpa kawan2, kawan yang anaknya buat hal tu berada di KLCC masa tu. aku agak kecewa tapi aku faham. faktor anak. aku tak punya anak lagi tapi aku kenala hormati keadaan kawan yang susah nak kawal anak masa tu..

then pergaduhan tercetus bila A nak bergurau dengan sinis dengan cakap aku sayang kawan yang seorang lagi tu dengan sanggup balik KL dan buat apa saja.. aku sedikit terguris dengan cara A bergurau.

kisahnya aku sedar antara kami bertiga aku yang dimudahkan rezeki terlebih dahulu tapi adakah tanggunngjawab aku seorang untuk menjaga persahabatan ni? sejak dari dulu lagi cuma aku yang mahu berjumpa kawan2. aku punya kancil yang sejak dari dulu aku gunakan untuk jumpa mereka.  setiap kali hari raya pasti aku berkunjung kerumah mereka. bila aku mengajak ke rumah aku.. alasan mereka tak punya kenderaan. ok lah aku akur. kalau nak keluar aku yang akan jadi transporter. ambik mereka berdua dan hantar pulang seorang-seorang.. itu dikampung.. dan pada zaman sekolah dan belajar..

then masa aku dah mula kerja di KL mereka masih belajar sebab aku dapat offer ke universiti dulu dan graduate dulu.. so mereka ni tak kerja lagi dan tak de duit. ok la aku masih lagi mengalah.. aku yang pergi ambik dan hantar.

bila kawan aku A dah bekerja KL, masih juga tak dapat jumpa aku.. duit gaji pula tak cukup kata A.. aku pernah ke rumah A di Bangsar naik kereta kancil aku sampai sesat2..  rumah A depan LRT bangsar.. boleh sangat kalau nak ke rumah aku dan suami di setiawangsa ni.. naik LRT bangsar dan  turun LRT setiawngsa tapi A tak ada effort pun? mcm2 alasan.. aku rindu kawan2 aku tapi mereka tak rindu aku ke? suami A kawan sekolah kami. memang kenal sejak tingkatan 4. sekarang A dah ada anak. bagi alasan anak pula.

kalau nak ikotkan aku sangat terkilan sebenarnya dengan A dan kawan seorang tu. cuma paling terkesan A la sebab aku kenal die lebih lama.. kami kenal masa tingkatan 1 sampai la tahun 2016 ni umur kami 28 tahun.. dah 15 thun kenal... aku rasa aku aje yang banyak memberi untuk menjaga persahabatan kami.. tapi mereka? ada aje alasan mereka yang tersendiri. aku ni bukan la nak cepat merajuk memaksa orang tak faham orang ada hal penting semua,. tapi dah 15 tahun aku dengar alasan...dari zaman belajar sampai ada anak.. bila aku ajak jumpa, time belajar xde kete xde duit.. time keje duit tak cukup. time dah kawin ada anak kecik susah nak jumpa.. dalam masa 15 tahun ni aku rasa mcm diorg tak hargai aku pun ada... bukan la nak ambik hati sangat.. tapi rasa nya cara mereka layan aku tak mcm cara aku layan mereka...

sekarang aku dah jauhkan diri daripada mereka.. sayang sebenarnya sebab dah 15 tahun jaga...yela dari zaman sekolah.. fmly masing2 pun dah kenal..  tapi aku rasa dah penat sangat "bertepuk sebelah tangan" ni... A ada cari aku nak mtk maaf. contact suami aku sebab nak mtk maaf. dia mungkin ingat aku jauhkan diri dari dia sebab salah faham gurauan dia.. sebab masa dia wassap suami aku dia mention pasal bergurau.. jauh disudut hati aku dah maafkan A,. yang kawan sorang lagi tu pun tak salah sebab dia tak dapat nak wassap aku kol dan bgtau aku yang dah OTW ke KLCC dari bangi tu sebab anak dia wat hal.. esoknya baru la die leh maklum.. :( yela aku kena faham sendiri la kot...  aku tak ada anak lagi... mungkin klo aku ada anak nanti dah janji dengan kawan esok tapi sebab anak wat hal seminggu kemudian baru leh maklum kat kawan aku xjd jumpa... mgkin? kan... so kena la faham sendiri..  entah la fikir positif ajela...

aku dah tak contact mereka lagi skrang... diorag pun dah remove aku dari FB dan instagram..
aku cuba untuk jadi kawan dan sahabat tapi mungkin aku terlalu memaksa. sampai bila masa aku perlukan mereka yang aku anggap sebagai sahabat untuk layan aku mcm aku layan diorg.. diorg tak dapat buat even after 15 tahun aku jadi frust.. aku sendiri yang salah. aku terima seadanya yang aku dah pun kehilangan mereka. dan aku yang relakan keadaan ni...


9 Ogos
12.15am
setiawangsa




Sunday, October 25, 2015

kisah cuti hujung minggu..


hai korang...

this week aktiviti hujung minggu aku boleh tahan jugak.. xde la padat sangat pun tapi happening la jugak... hari sabtu saya dan suami naik bukit tinggi... yeahhhh sebab ape? sebab suami cuti minggu ni... so tak nak bazirkan masa yang ada saya pun dengan rela hati sponser la trip kami ke sana... ehehe

bukan senang nak dpat hari hujung minggu dengan suami sebab suami keje kan...aku jamu gambar masa on the way kesana ajelah yer.. gmbr lain de dalam fon suami.. hehe
aku berbaju serba hijau.. hehe dah jadi faveret warna la pulakk sekarang...



ni muka tengah excited nak ke bukit tinggi... cewahhhhh masa memula sampai kami kompius sebab waze tunjuk jalan separuh aje... nasib la de signboard.. kami belasah aje. alhamdulillah sampai..
bayaran nak masuk rm13.

masa sampai barula rasa... "ohhhh sini la yang diorg ambik gambar tuhhhh" hhihi
dah lama tengok kengkawan duk bergambar atas nih.. sekarang turn saya pulak...

tempatnya tak luas sangat pun kt bangunan tu.. byk lagi tempat aktiviti len.. tp saya dan suami bergambar kat bangunan warna warni tu aje.. ade la fefeeling kat obersea..  pastu kami ke japanese botanical garden.. jenuh manjat tangga dan bukit baru sampai rumah jepun..

pastu terus la balik... ada lagi adventure park tapi kami tak pergi..

kami gerak balik sampai la dalam pukul 3. aku pengsan kejap. dalam kol 5 bangun tido terus la g jogging pulak... hehe

habis la kisah hari sabtu...


esoknya pepagi lagi dah gerak ke pasar keramat beli barang dapur dan apa2 yang patut..
rest kejap belah petangnya kami ke padang...



semangat bawak bola tampar nak test skill... ahahaha (konon sangat test skill tu haa)



muka tengah fokus drive nak ke padang... hehe



pengacau betul laaaa tangan peace tuhhhh... gambar tengah main bola tak ambik sebab malas bawak fon. takot hilang or cicir so tinggal je dlm kete...

seronok bersukan dengan suami...
tadi jogging 3 round pastu sambung dengan bola tampar dan sit up...
terasa jugak la kat perut nih... hihi
nak kata misi kurus badan tak jugak.. kami cuma nak sihat aje.. hihi release stress jugak bersukan ni..




Friday, October 23, 2015

nekad



hai korang... hehe yuhuuuuuu ada orang ke baca blog aku ni kan...
dah lama sangat dah tak update.
selalu masa besday tiap tahun aku update tapi tahun ni aku tak tulis.. hehe
tak de entry 15 julai 15..

lately ni saya rasa agak penat...
macam-macam sangat dah nak kena hadapi...
so perasaan tu rasa dah tak boleh nak gambar lagi dah...
cuma saya nekad sekiranya saya dapat offer kerja lain lepas ni..
insyallah saya akan tinggalkan kerja sekarang dengan penuh rasa bangga.
bangga sebab boleh bertahan sampai hampir tiga tahun walaupun kerja penuh liku.

saya sebenarnya cuba motivate diri dan jugak nak tenangkan fikiran..
salah satu cara adalah dengan bersukan..
saya jarang melancong dan bercuti. sebab kekangan wang dan juga masa. suami kerja sabtu ahad.
saya pulak selalu berdepan tekanan..
saya ni pulak kurang kawan.. kalau ada pun dah berkawin dan bukan jenis yang boleh kehulu hilir lepak...
alhamdulillah sekarang saya dah mula berjinak dengan senaman..
minggu lepas saya dan suami main bola tampar. lepas tu jogging..
hehe seronok rasa..bolehla keluar peluh sikit..
masa kami main bola tampar tu kami guna court bola keranjang. ahahah
jumpa 2 orang budak main bola keranjang.. hehe
diorang yela guna bola keranjang kami ni haaa guna bola tampar.. heheh
saya enjoy la haritu dapat bersukan dengan suami...

moga2 benda ni jadi rutin buat saya dan suami..





Friday, May 1, 2015

hari buruh



1 mei 2015 - cuti hari buruh

hai korang.. lama tak update blog.. hehe..
korang sangat.. hahaha mcm la ramai sangat nak follow blog aku ni..
arini cutiiiii heheeh labour day lah katakan...
haaa harini dah masuk 4 tahun aku bekerja.
mcm2 suka duka jugak..
tuh baru 4 tahun. kalau dah 30 tahun mcm org2 lama tuh?
bosan sangat dah rasanya nak hadap orang2 ofis.

selalu kalau rasa nak putus asa tuh motivate balik diri sendiri..
cakap pada diri.. kalau aku berhenti kerja ni ramai lagi orang yang nak kerja aku ni..
tambahan pulak skrg aku handle induction budak2 yang baru masuk kerja ni..
ada yang umo 40..30.. baru lah dapat kerja yang ok dan company yg ok mcm company aku ni..
buat aku rasa bersyukur..
yelah orang lain struggle jugak nak dapatkan kerjaya..
aku start kerja dah dpt company yang ok.. kukuh.. so hargai ajelah..





Sunday, March 29, 2015

kisah cuti

salam.

dah lama tak bercerita dalam blog ni kan...
hurmm after last week aku mc dulu..
aku dah mula bekerja semula pada 1st week of mac.
until third week. aku realize yang cuti aku banyak dan perlu habiskan before 31 mac.
so on the last week aku plan untuk pergi bercuti. i mean the whole week on 4th week of mac. 

aku dah maklum pada bos on the third week lagi.
masa tu bos aku tak ambil peduli.
so aku assume nothing la..
hari last aku kerja (jumaat minggu ke 3) before aku mula bercuti next week...
aku telah dipanggil masuk ke bilik bos. 

1st masa pagi dalam kol 9 pagi.
bos: kamu nak cuti?
saya: yup. 
bos: kamu sedar tak kamu baru masuk kerja after mc sebulan?
saya: saya mc sebulan sebab kemalangan. bukan sengaja. lagipun saya masih banyak cuti yang perlu dihabiskan. 
bos: saya banyak kerja. masa cuti pun saya datang kerja. kamu plak baru masuk kerja lepas mc sebulan. ni nak cuti lagi.
saya: saya kemalangan. bukan sengaja nak mc smp sebulan. 
(dalam hati saya cakap.. kenapa nak compare diri dia tugas seorang bos yang banyak dengan saya seorang kuli yang dah siap kerja ni? gaji pun asing2.. kalau dia tak boleh cuti sebab kerja banyak jangan heret saya sekali hanya kerana tak puas hati saya boleh bercuti) 
bos : hmmmmm... 
saya : -saya terus keluar after bos tunduk2 kepala dan ckp ok- 

masa ni dalam hati dah sedih. sebab bos pertikaikan mc akibat kemalangan saya. saya dah setelkan semua kerja. saya tak ada sebarang sebab untuk tidak boleh bercuti. melainkan perasaan dengki seorang bos terhadap pekerjanya tadi. saya ingat dah habis dah topik pasal cuti ni.. rupanya dia berdendam... 

2nd masa kol 3 ptg after lunch
bos: masuk bilik meeting kita nak diskas report.
saya ok
bos : kalau saya tak approve cuti awak mcm mana? lagipun saya dapat arahan dari bigboss nak buat meeting next week.
saya : (terkedu saya kena ugut tak nak approve cuti saya mcm tu) owh saya minta maaf tak dapat hadir sebab bercuti masa tu.
bos :  ya allah hey awak nak bercuti jugak? tak faham ke bos nak buat meeting?
saya : mcm ni la saya maklum pada bigboss sendiri la klo bos tak approve cuti saya ni.
bos: -senyap sambil geleng kepala-

saya pernah aje attend meeting tapi ada yang tidak hadir kerana sedang bercuti. kenapa pula saya terpaksa batalkan cuti untuk hadir meeting?? saya telah apply cuti tersebut seminggu awal dan meeting tersebut dicadangkan pada hari terakhir sebelum saya bercuti. seolahnya meeting tersebut dengan sengaja untuk dijadikan alasan supaya saya membatalkan cuti saya. 

akhirnya saya emel pada bigboss. tak pernah wassap pun saya wassap minta dia approve cuti saya.
masa itu saya sangat beremosi. agak degil sebab terdorong perasaan kecewa dan sedih tadi. nasib baiklah pukul 8 malam bigboss reply wassap saya tadi dengan jwpn "ok".

saya tak faham logiknya di mana seorang yang bercuti akibat kemalangan tidak boleh bercuti lagi dalam masa terdekat walaupun semua kerjanya sudah setel.  sedangkan seorang perempuan yang melahirkan anak cuti 2 bulan jugak.. lagi lama.

ape perasaan kau kalau kau ada cuti banyak tapi sayangnya tak boleh guna sebab bos tak lulus walaupun kerja kau dah siap? sebab bos tak lulus kerana kau dah mc sebulan akibat kemalangan. 
sedih kan?

sudahla masa saya kemalangan bos yang tadi tu langsung tak tanya khabar. masih suruh saya buat kerja. dan saya mengambil inisiatif untuk siapkan kerja walaupun sedang mc. hari pertama selepas mc saya masuk kerja.. dia tak endahkan saya. tapi akhirnya panggil saya masa nak beri kerja baru. kawan2 lain tanya khabar. tapi dia langsung tak tanya. tak per lah saya tak nak la amik hati. saya fikir positif dia sibuk walaupun lalu lalang depan meja saya tak sempat bertanya khabar saya. cuma bila dia persoal pasal mc saya ni sedikit sebanyak saya kecil hati dengan perangai bos mcm ni.

dalam facebook ada pasal video kisah makan gaji. sedih rasanya tengok dan keadaan diri pula kebetulan mcm tu.. nak tak nak terpaksa makan hati dan bersabar ajelah sebab ini sahaja sumber rezeki buat masa sekarang. tak kan nak berhenti kerja pula. kat luar sana ramai yang menanti kerja saya ni sekiranya saya berhenti kerja.