Friday, November 26, 2010

jom berdiet!

hello readers

salam sumer

oleh kerana berat badan dah naik berbakul2 smp dh kena tegur.. aku rasa dh elok lah nak berdiet smula... ahahah almaklum lah duk umah sewa dulu mkn xpernah cukup sbb xde duit selalu tido perut berbunyi-bunyi.. tahan lapar.. skrg dh duk umah terlebih mkn pulak.. bgn pagi masuk dapur sume ada.. ahahaha sbb tuh cepat naik badan skrg nk kena kawal balik laaa...

aku selongkar punyer selongkar sekali jumpa lah satu entry ni sal nk kurangkan makan skt.. diet ni mcm yg blog xnk gemuk punyer la kot sbb entry ni pun ckp at least kena estimate time selama 2 minggu sebelum dpt hasil...

jom kiter tgk pe tips2 dia..


Dua minggu fasa intensif

Minum pagi: Mihun sup dicampur dengan ayam, bebola ikan dan sayur. Kurangkan mi sebanyak satu mangkuk sahaja. Minum air kosong.

Makan tengah hari: Sup ayam yang mengandungi protein, lemak dan vitamin) dicampur dengan air (kira-kira 250 kalori)

Makan malam: Tom yam, banyakkan sayur.

''Ingat, minum banyak air kerana banyak orang menyangkakan mereka lapar tetapi sebenarnya mereka hanya dahaga. Selepas minum, anda tidak lagi lapar. Selain itu, ia membuatkan anda hidrasi dan mengeluarkan toksin di dalam usus.

''Dicadangkan mengambil multivitamin yang kaya dengan chromium, selenium, zink dan vitamin E bagi memperoleh nutrisi yang lengkap.

''Selepas dua minggu, anda akan mendapat tenaga baru dan berat badan anda berkurangan,'' katanya yang mula sedar untuk menguruskan badan setelah kehilangan ahli keluarga pada usia akibat sakit jantung.

****************************************************


Tambahnya, langkah kedua, anda kini boleh makan dua kali iaitu sarapan pagi dan makan tengah hari tetapi tanpa gula, tinggi protein yang diperoleh daripada sayuran dan glycemic rendah daripada buah-buahan.

Selalunya, orang Malaysia pasti akan merindui nasi. Namun, anda boleh menggunakan beras glycemic rendah seperti basmathi.

''Nasihat saya untuk mengambil suku pinggan sahaja nasi manakala yang lain dipenuhi dengan sayur-sayuran, ikan atau ayam. Anda boleh mengambil satu buah-buahan glycemic rendah setiap kali makan seperti epal.
Juga, makan ayam tanpa kulit.

''Ambil penggantian makanan berat untuk makan malam seperti sup supaya perut anda tidak bekerja keras semasa anda tidur,'' katanya.

Pada masa ini mulalah melakukan senaman untuk membina otot. Senaman Tabata adalah sesuai pada tahap ini. Berenang juga adalah senaman yang boleh mengurangkan berat badan, menguatkan kardio dan ketahanan badan.

''Ingat, anda seharusnya mengurangkan lemak dan otot-otot semasa fasa pertama dan inilah masanya untuk menggantikan otot tersebut. Anda tidak akan mahu kulit yang melendut di tubuh.

''Lakukan perkara yang sama pada tahap kedua sehingga anda gembira dengan berat anda. Ini mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya empat hingga enam bulan tetapi diingatkan jangan cepat sangat turun kerana anda perlu membina otot dan mengelakkannya daripada melendut. Jika hanya turun 5 kilogram, anda telah menambah lima hingga lapan tahun usia hidup yang sihat,'' ujarnya.

Selepas tiga hingga empat minggu di tahap kedua, fizikal aktiviti anda meningkat, bolehlah makan snek yang merupakan buah-buahan glycemic rendah antara pukul 11 pagi dan 4 petang untuk menstabilkan gula dalam darah dan hormon.

Apabila berat badan yang diidamkan telah diperoleh, kekalkan dengan pelan makanan sihat yang sedia ada dan teruskan senaman.


*********************************************

ni aku punyer pengalaman lah aku selalu gak diet tp pas dh turun berat kulit jadi lembik jer.. hodoh sgt tgk.. ase nk amik pisau potong n buang.. kwa3... lau malas bersenam ginilah jadinyer.. diet lah cane pun.. still xkan dpt figure yg cantik lau kulit dh lembik cmtuh...am i rite? ngeh3 kiter xberat ane pun..lau timbang tuh org pun xpercaya tuh berat kiter.. org still akan ckp kiter gemuk sbb kulit td.. lau duduk jer nmpk mcm berlipat2.. hahahaha tipulah korang xpernah alami... aku ase org kurus pun still der perut yg berlipat2 ni.. motifnyer disini rajinkan diri utk bersenam.. bersenam adalah kunci kekurusan.. ahahah der ker istilah kekurusan? kwa3 pe2 jerlah kan...




p/s: target nk kurang 6 kilo sblum graduation degree thn depan =) wish me luck!


1 comment: