Thursday, June 16, 2011

siti dah masuk askar mesti keje askar femes pasnih..




Masing-masing meluahkan perasaan tersendiri antaranya:

Siti Nurhaliza program ini bukan sahaja membantu menguatkan mental dan fizikalnya tetapi mampu meningkatkan jati dirinya sebagai seorang sukarelawan. "Saya pernah menyertai latihan ketenteraan yang lasak sebelum ini untuk sebuah program televisyen tetapi menyertai askar wataniah lebih berbeza dan memerlukan senaman yang lebih"

Ana Raffali Angan-angannya menjadi kenyataan apabila ditawarkan melibatkan diri dalam rejimen itu. "Saya pernah berangan-angan untuk menjadi askar tetapi angan itu tidak dapat diteruskan kerana kekangan masa dan tidak tahu prosedurnya. "Setelah mendapat tawaran daripada Kementerian Pertahanan, saya terus menerimanya," katanya yang pernah memegang jawatan koperal sewaktu menyertai kadet remaja sekolah.

Aizat begitu teruja untuk menyertai pelbagai jenis latihan seperti kawad kaki, menembak, mengendalikan senjata seperti bom dan M-16 setelah mendengar cerita daripada kawannya yang merupakan seorang anggota tentera di Singapura.

Shaheizy Sam "Menyertai askar wataniah demi meneruskan cita-cita arwah ayahnya dan mempelajari lebih banyak ilmu ketenteraan yang menyeronokkan."


ala mana statement intan ladyana? hik3 dia masuk sebab aper ey?

1 comment:

  1. comel je dato' c.t ni pkai pkaian askr kan??

    ReplyDelete