Saturday, January 28, 2012

7 JENIS WAJAH MAYAT DIDLM KUBUR

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa

semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.



2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat

lima waktu, tidak menjaga solat. Lalai dalam solatnya.



3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya

derhaka kepada kedua ibu-bapa.



4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan

harta yang haram.



5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah

mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat

orang.



6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah

mayat orang yang suka makan riba'.



7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal

soleh.



~Sama2 lah kita renungkan & selamat beramal~

Tuesday, January 10, 2012

azam lagi..

bulan 1,.2012


bulan 5,.. 2011


tiap tahun asyik nak azam tapi xpernah nak buat kan...pipi tuh dah tebal berinci2.. haishhhh
sejak kerja nih badan aku mengembang.. lunch jer ofismate ajak kua.. aku pun dh xboleh nak pose mcm dulu2.. dulu memang aku jaga badan sikit.. sekarang nih kan.. kalau pose sekalipun ofismate naik tanduk suruh aku berbuka.. kalau aku tak pergi diorang pun tak nak pergi.. ugut aku.. macam mana nak jaga badan? memang azam tahun baru aku nak kurus pun.. tapi?? tengok lah kan nanti mcm mana.. mampu ker tak aku buat...

kerja? aku tak tahu apa yg aku buat sekarang,.. siyesly aku masih tak buat apa2.. instead of menganggur aku pergi ofis dapat elaun tapi aku xbelajar apa2.. rasa mcm wasted sangat masa aku..so azam tahun baru aku nak dapatkan kerja yg betol2 stabil..

nak beli kereta..ok yg nih mcm jauh lagi jer sebab aku tak de keje yg menjamin lagi.. aku berkenan sangat toyota vios tuh.. tapi mcm banyak bantahan jer dari family.. mak aku nak kereta malaysia jer.. so mungkin aku akan amik myv jer kot nnt..

3 tuh jer azam aku tahun nih.. kawin? mmg xlah.. even aku dah 24tahun sbb mmg xde perancangan..calon pun xde kan.. so plan pun xder lah.. aku cuma doakan kewangan aku supaya stabil jer untuk tahun nih...amiiinnn..


Friday, January 6, 2012

time to move on

sekarang aku rasa aku mmg dh cukup besar untuk buat keputusan sendiri..
untuk pikul tanggungjawab..
dan sebagainya...
betol usia mematangkan kita..

tentang kerja..
aku pernah bercerita yang aku sekarang kerja sebagai dealer a.k.a broker saham
HR nak pakai orang.. aku memang nak sangat-sangat ke sana..
harapnyer aku akan ditukarkan kesana... amiinnn...

tentang personal life?
mestilah aku tak boleh lupakan lagi ex aku tuh..
even lepas setahun pun aku masih sangat-sangat sayangkan dia lagi..
cmne tuh kan?
tapi tuh la aku sedang belajar...
aku tak de sapa-sapa pun sekarang..
dan aku tak mengharap apa-apa pun..
masa masih panjang... insyALLAH...
kalau diizinkan tuhan untuk aku menghirup udaraNYA...