Tuesday, April 24, 2012

shocking morning but motivated as well

alamak blog aku dah bertukar wajah...dulu ada jer google suruh upgrade into new look tapi aku tak nak.. bukak-bukak je pagi ni.. aduyaii dah berubah wajah..hishhhh aku xsuker kan perubahan.. boleh x? huh!
bukan ..malas aku nk godek2 lagi...nak kenal design baru.. button2 kat mana.. alamak.. malas boleh tak?

sama jugak cam kes timeline kat facebook tuh.. mark zuckerberg nak jugak tukarkan kepada timeline.. even kami sume tak nak... hish!

tetiba emo sebab blogger dah berubah wajah.. opkos la.. 3 tahun dah aku berblog guna design sama sekali nak ubah2 pulak..

**********************

cerita kedua pulak.. pagi ni aku baca article kat yahoo pasal sorang nih berjaya kuruskan badan.. wow hebat.. aku baca jugak la exercise2 dan jugak rutin yang perlu..

cehh niat nak kuruskan badan tak pernah hilang tapi buatnyer tidak.. so macam mana tuh???
aku ase nak buat slow slow la.. aku tak nak push sangat.. bese lah dah keje.. susah nak control lagi dah..
dulu time blaja makan banyak mana pun tak gemuk..  huhu habit tuh masih lekat agaknyer... cuma keadaan dah lain.. kerja is much3 more different dengan belajar.. i should wake up!!!

pray for my success ahahaha.. hopefuly i can lose weight some more.. about 4 kg is already enough because currently my weight is nearly 46kg.. i do mention before that my weight never reach 46 but now it is obviously getting there already.. i should prevent before it becomes even worst! ohhh myyy....

hey nape aku gatal speaking ni?
aku rasa lepas ni aku nak berblog dalam bi la plak.. bukan sebab gedik or rasa terel tapi sebab aku nak improve english aku... aku ase aku sebenarnya tak de la bongok dan dungu sangat sampai stupid bi.. tapi banyak words yang aku tak polish sebab aku xguna.. so aku jadi lupa..  vocab aku sume dah kelaut.. aku nak bg sharp balik.. so lepas ni kalau kua ayat2 poyo.. maafkan lah aku yer sume pembaca yang terhormat sekalian.. 

next entry aku nak story pasal interview yang paling down pernah aku hadiri..

Sunday, April 22, 2012

keje untuk orang pemalu

perasan tak arini ada article kat yahoo "best career for shy people?" hehehe
aku pun shy gak.. boleh la keje tu tapi skop keje dia tak menarik la..

1. computer programmer
- aku bukan bidang IT or computer pun.. so how?

2. medical record and health information technician
-aku ase ok jugak keje ni tapi since aku dah keje HR ni..aku handle gak bab employee benefit compensation dan insurance.. aku tahu betapa rumitnyer nak handle pesakit dan ahli keluarga serta pihak insurance.. so aku KIV la keje ni.. hehehe

3. graphic designer
- ok ni satu lagi bidang computer dan IT.. not my scope.. cmne nak keje????

4. network administrator
- yang pun alasannyer sama seperti diatas... kalau la aku ni ada Cyber cafe boleh gak aku godek2 yang mana patot.. dan belajar sendiri...

5. bookkeeper
- yang ni tak boleyyy belahhhhh bookkeeper????? okay aku tak tahu ada pekerjaan macam ni.. 1st time dengar.. kolot tak aku ni? ahahaha



p/s: aku nak keje bawak teksi la boleh? huhuhu

Saturday, April 21, 2012

bahana pilihanraya



susah jugak jadi menteri.. ada je orang nak kondem.. tambah-tambah pilihanraya dah dekat.. macam-macam cerita lah yang akan keluar lepas nih.. cerita dalam kain luar kain..
aku tak sokong mana-mana parti pun.. cuma tak best la dengar cerita macam ni..
pada sape2 yang tak tahu cerita nah amik nih baca..



***************************************************************
KUALA LUMPUR 18 April:Pemandu peribadi pelakon terkenal, Zahida Rafik mendedahkan skandal Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dalam satu laporan polis pada 13 Mac lalu.

Noor Azman Azemi, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida Rafik sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap Zahida yang menuduhnya melarikan wang RM200,00 milik Zahida.

Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu pernah dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.

Menceritakan dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, beliau didatangi (tidak dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang bernama Hafiz dan Raj.

“Saya diminta Datuk Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahidauntuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain.

“Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk.

“Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000.

“Wang tunai tersebut kemudiaanya akan dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang.

“Pada tarikh 29 Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemaniZahida.

“Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida,” katanya dipetik dalam laporan polis yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen hari ini.

Zuraida seterusnya berkata, berdasarkan siasatan yang dilakukannya terdapat beberapa transaksi yang dilakukan menteri itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.

“Pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sebanyak RM58,000 tunai yang diambil Noor Azman untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik.

“Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Kalau saya jumlahkan kesemuanya ia lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan menteri itu berikan tunai kepada Zahida Rafik,” katanya.

Selain itu, Zuraida mendedahkan Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series ,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta.

Zuraida kemudiannya mempersoalkan bagaimana menteri itu memperolehi wang tunai sebanyak itu.

“Sebagai menteri beliau bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Zahida,” katanya.

Pada 3 Mac lalu, akhbar melaporkan Pelakon Zahida Rafik kerugian RM200,000 dilarikan pemandunya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya.

Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu turut menjadi bahan bualan di laman blog beberapa tahun lalu apabila digosipkan berkahwin dengan Shafie di luar negara.

******************************************************************

p/s: datuk minta penjelasan boleh? =)



Friday, April 20, 2012

rambut


aku nih dh lama ada masalah rambut..
nak botak dah kottt... nipis sangat dah rambut aku skrg..
nak syampu kejap je dah kering...
kelebihan dia yang tuh je lah aku rasa..
yang lain? hampehhhh...
tak tahu la sebab syampu ke sebab makan meggi...
memang aku kuat makan meggi pun.. hehehe
adalah officemate bagi minyak nak lebatkan rambut..
tapi setakat ni xde nampak perubahan apa2 lagi..
anyone ada tips tak yer?