Monday, May 7, 2012

layan perasaan sendiri

betol lah orang cakap time-time dah umur nak menjenguk ke pertengahan abad ni baru rasa macam nak bina kehidupan sendiri.. bila tengok kawan-kawan dah ramai yang mendirikan rumah tangga.. bertunang.. rasa macam "wah bestnyer" "jelesnyer" sebab diri sendiri masih tak punya siapa-siapa.. apatah lagi nak menuju kearah perhubungan yang lebih serius dan mengikat tali pertunangan mahupun perkahwinan..

aku bukan tak pernah bercinta ataupun tak pernah nak serius dalam sesuatu perhubungan tapi sampai sekarang aku masih tak jumpa orang yang betul-betul sesuai.. bukan memilih dari segi rupa sangat tapi dari segi keserasian.Bila ada yang sayang tapi aku tak boleh ngam sebab rasa tak kena jiwa.. tak masuk.. nak paksa buat apa kalau diri sendiri rasa tak selesa.. Bila dah jumpa yang masing-masing suka sama suka pulak dan berjanji nak serius tapi mesti akhirnya yang lelaki buat hal.. ada orang lain.. kadang-kadang rasa fedup sangat.. rasa dah give up.. dah malas lah nak bercinta cintun lagi dah.. dulu aku amik masa setahun lebih jugak nak lupakan ex yang dulu..

sekarang aku dah 24.. siyesly aku dah malas giler nak bercinta.. aku tabik lah kat sape-sape yang boleh kekal sampai bertahun-tahun tuh.. tension giler rasa bercinta ni eah.. aku dah bosan.

p/s tak dapat tunaikan janji nak berblog dalam english sebab bila rasa nak marah lebih baik jadi diri sendiri.. kalau tulis dalam english susah nak expresikan perasaan..

No comments:

Post a Comment