Tuesday, April 29, 2014

kisah kawin part 3 - katering

bertemu lagi kita.. cewahhh... ehehe...

kali ni nak cerita pasal katering..
alkisah saya jumpa katering ni dalam internet.
saya susah sikit nak survey2 katering kat kelantan sebab yelah keje KL kan.. so jauh..
so bila dah tengok pakej2 yang katering ni sediakan saya rasa berminat.
paling menarik perhatian sebab pakej tu sediakan katering malam.
maklumlah saya kan nk akad nikah malam.. so saya tak nak mak saya berpenat lelah nak masak dan sediakan makanan untuk tetamu malam akad nikah..

nama katering tu SC SUE CATERING
saya amik pakej yang untuk 600 orang.. total rm 7200. macam mahal kan? tapi bagi saya ok lah tu..
mana nak cari lagi katering malam..
ok meh sini saya cerita apa yang ada dalam pakej tu..

600 orang tetamu
meja bulat 8 buah.
kerusi 80 buah
pembalut kerusi
kanopi arab 2 buah
meja buffet lauk pauk
50 orang tetamu katering malam
lauk pengantin

ok bab makanan pulak menu standad lauk majlis kawin la..
nak bgtau satu2 banyak la pulak.. yang menarik kak su ni boleh tolak ansur dengan kita.
oleh kerana pakej pelamin saya dah sediakan hiasan meja pengantin so kak su ubah hiasan meja pengantin yang ada dalam pakej tu kepada puding utk 600 orang.. ok la kan?

lauk pengantin pun sedap.. lauk malam akad nikah banyak tak habis. sbnrnya xdela dia sediakan betol2 50 orang rupanya.. dia buat lebih sikit..  bagi saya sc sue katering ni mmg recommended.

next entry - kad kawin

No comments:

Post a Comment