Sunday, October 25, 2015

kisah cuti hujung minggu..


hai korang...

this week aktiviti hujung minggu aku boleh tahan jugak.. xde la padat sangat pun tapi happening la jugak... hari sabtu saya dan suami naik bukit tinggi... yeahhhh sebab ape? sebab suami cuti minggu ni... so tak nak bazirkan masa yang ada saya pun dengan rela hati sponser la trip kami ke sana... ehehe

bukan senang nak dpat hari hujung minggu dengan suami sebab suami keje kan...aku jamu gambar masa on the way kesana ajelah yer.. gmbr lain de dalam fon suami.. hehe
aku berbaju serba hijau.. hehe dah jadi faveret warna la pulakk sekarang...



ni muka tengah excited nak ke bukit tinggi... cewahhhhh masa memula sampai kami kompius sebab waze tunjuk jalan separuh aje... nasib la de signboard.. kami belasah aje. alhamdulillah sampai..
bayaran nak masuk rm13.

masa sampai barula rasa... "ohhhh sini la yang diorg ambik gambar tuhhhh" hhihi
dah lama tengok kengkawan duk bergambar atas nih.. sekarang turn saya pulak...

tempatnya tak luas sangat pun kt bangunan tu.. byk lagi tempat aktiviti len.. tp saya dan suami bergambar kat bangunan warna warni tu aje.. ade la fefeeling kat obersea..  pastu kami ke japanese botanical garden.. jenuh manjat tangga dan bukit baru sampai rumah jepun..

pastu terus la balik... ada lagi adventure park tapi kami tak pergi..

kami gerak balik sampai la dalam pukul 3. aku pengsan kejap. dalam kol 5 bangun tido terus la g jogging pulak... hehe

habis la kisah hari sabtu...


esoknya pepagi lagi dah gerak ke pasar keramat beli barang dapur dan apa2 yang patut..
rest kejap belah petangnya kami ke padang...



semangat bawak bola tampar nak test skill... ahahaha (konon sangat test skill tu haa)



muka tengah fokus drive nak ke padang... hehe



pengacau betul laaaa tangan peace tuhhhh... gambar tengah main bola tak ambik sebab malas bawak fon. takot hilang or cicir so tinggal je dlm kete...

seronok bersukan dengan suami...
tadi jogging 3 round pastu sambung dengan bola tampar dan sit up...
terasa jugak la kat perut nih... hihi
nak kata misi kurus badan tak jugak.. kami cuma nak sihat aje.. hihi release stress jugak bersukan ni..




Friday, October 23, 2015

nekad



hai korang... hehe yuhuuuuuu ada orang ke baca blog aku ni kan...
dah lama sangat dah tak update.
selalu masa besday tiap tahun aku update tapi tahun ni aku tak tulis.. hehe
tak de entry 15 julai 15..

lately ni saya rasa agak penat...
macam-macam sangat dah nak kena hadapi...
so perasaan tu rasa dah tak boleh nak gambar lagi dah...
cuma saya nekad sekiranya saya dapat offer kerja lain lepas ni..
insyallah saya akan tinggalkan kerja sekarang dengan penuh rasa bangga.
bangga sebab boleh bertahan sampai hampir tiga tahun walaupun kerja penuh liku.

saya sebenarnya cuba motivate diri dan jugak nak tenangkan fikiran..
salah satu cara adalah dengan bersukan..
saya jarang melancong dan bercuti. sebab kekangan wang dan juga masa. suami kerja sabtu ahad.
saya pulak selalu berdepan tekanan..
saya ni pulak kurang kawan.. kalau ada pun dah berkawin dan bukan jenis yang boleh kehulu hilir lepak...
alhamdulillah sekarang saya dah mula berjinak dengan senaman..
minggu lepas saya dan suami main bola tampar. lepas tu jogging..
hehe seronok rasa..bolehla keluar peluh sikit..
masa kami main bola tampar tu kami guna court bola keranjang. ahahah
jumpa 2 orang budak main bola keranjang.. hehe
diorang yela guna bola keranjang kami ni haaa guna bola tampar.. heheh
saya enjoy la haritu dapat bersukan dengan suami...

moga2 benda ni jadi rutin buat saya dan suami..





Friday, May 1, 2015

hari buruh



1 mei 2015 - cuti hari buruh

hai korang.. lama tak update blog.. hehe..
korang sangat.. hahaha mcm la ramai sangat nak follow blog aku ni..
arini cutiiiii heheeh labour day lah katakan...
haaa harini dah masuk 4 tahun aku bekerja.
mcm2 suka duka jugak..
tuh baru 4 tahun. kalau dah 30 tahun mcm org2 lama tuh?
bosan sangat dah rasanya nak hadap orang2 ofis.

selalu kalau rasa nak putus asa tuh motivate balik diri sendiri..
cakap pada diri.. kalau aku berhenti kerja ni ramai lagi orang yang nak kerja aku ni..
tambahan pulak skrg aku handle induction budak2 yang baru masuk kerja ni..
ada yang umo 40..30.. baru lah dapat kerja yang ok dan company yg ok mcm company aku ni..
buat aku rasa bersyukur..
yelah orang lain struggle jugak nak dapatkan kerjaya..
aku start kerja dah dpt company yang ok.. kukuh.. so hargai ajelah..





Sunday, March 29, 2015

kisah cuti

salam.

dah lama tak bercerita dalam blog ni kan...
hurmm after last week aku mc dulu..
aku dah mula bekerja semula pada 1st week of mac.
until third week. aku realize yang cuti aku banyak dan perlu habiskan before 31 mac.
so on the last week aku plan untuk pergi bercuti. i mean the whole week on 4th week of mac. 

aku dah maklum pada bos on the third week lagi.
masa tu bos aku tak ambil peduli.
so aku assume nothing la..
hari last aku kerja (jumaat minggu ke 3) before aku mula bercuti next week...
aku telah dipanggil masuk ke bilik bos. 

1st masa pagi dalam kol 9 pagi.
bos: kamu nak cuti?
saya: yup. 
bos: kamu sedar tak kamu baru masuk kerja after mc sebulan?
saya: saya mc sebulan sebab kemalangan. bukan sengaja. lagipun saya masih banyak cuti yang perlu dihabiskan. 
bos: saya banyak kerja. masa cuti pun saya datang kerja. kamu plak baru masuk kerja lepas mc sebulan. ni nak cuti lagi.
saya: saya kemalangan. bukan sengaja nak mc smp sebulan. 
(dalam hati saya cakap.. kenapa nak compare diri dia tugas seorang bos yang banyak dengan saya seorang kuli yang dah siap kerja ni? gaji pun asing2.. kalau dia tak boleh cuti sebab kerja banyak jangan heret saya sekali hanya kerana tak puas hati saya boleh bercuti) 
bos : hmmmmm... 
saya : -saya terus keluar after bos tunduk2 kepala dan ckp ok- 

masa ni dalam hati dah sedih. sebab bos pertikaikan mc akibat kemalangan saya. saya dah setelkan semua kerja. saya tak ada sebarang sebab untuk tidak boleh bercuti. melainkan perasaan dengki seorang bos terhadap pekerjanya tadi. saya ingat dah habis dah topik pasal cuti ni.. rupanya dia berdendam... 

2nd masa kol 3 ptg after lunch
bos: masuk bilik meeting kita nak diskas report.
saya ok
bos : kalau saya tak approve cuti awak mcm mana? lagipun saya dapat arahan dari bigboss nak buat meeting next week.
saya : (terkedu saya kena ugut tak nak approve cuti saya mcm tu) owh saya minta maaf tak dapat hadir sebab bercuti masa tu.
bos :  ya allah hey awak nak bercuti jugak? tak faham ke bos nak buat meeting?
saya : mcm ni la saya maklum pada bigboss sendiri la klo bos tak approve cuti saya ni.
bos: -senyap sambil geleng kepala-

saya pernah aje attend meeting tapi ada yang tidak hadir kerana sedang bercuti. kenapa pula saya terpaksa batalkan cuti untuk hadir meeting?? saya telah apply cuti tersebut seminggu awal dan meeting tersebut dicadangkan pada hari terakhir sebelum saya bercuti. seolahnya meeting tersebut dengan sengaja untuk dijadikan alasan supaya saya membatalkan cuti saya. 

akhirnya saya emel pada bigboss. tak pernah wassap pun saya wassap minta dia approve cuti saya.
masa itu saya sangat beremosi. agak degil sebab terdorong perasaan kecewa dan sedih tadi. nasib baiklah pukul 8 malam bigboss reply wassap saya tadi dengan jwpn "ok".

saya tak faham logiknya di mana seorang yang bercuti akibat kemalangan tidak boleh bercuti lagi dalam masa terdekat walaupun semua kerjanya sudah setel.  sedangkan seorang perempuan yang melahirkan anak cuti 2 bulan jugak.. lagi lama.

ape perasaan kau kalau kau ada cuti banyak tapi sayangnya tak boleh guna sebab bos tak lulus walaupun kerja kau dah siap? sebab bos tak lulus kerana kau dah mc sebulan akibat kemalangan. 
sedih kan?

sudahla masa saya kemalangan bos yang tadi tu langsung tak tanya khabar. masih suruh saya buat kerja. dan saya mengambil inisiatif untuk siapkan kerja walaupun sedang mc. hari pertama selepas mc saya masuk kerja.. dia tak endahkan saya. tapi akhirnya panggil saya masa nak beri kerja baru. kawan2 lain tanya khabar. tapi dia langsung tak tanya. tak per lah saya tak nak la amik hati. saya fikir positif dia sibuk walaupun lalu lalang depan meja saya tak sempat bertanya khabar saya. cuma bila dia persoal pasal mc saya ni sedikit sebanyak saya kecil hati dengan perangai bos mcm ni.

dalam facebook ada pasal video kisah makan gaji. sedih rasanya tengok dan keadaan diri pula kebetulan mcm tu.. nak tak nak terpaksa makan hati dan bersabar ajelah sebab ini sahaja sumber rezeki buat masa sekarang. tak kan nak berhenti kerja pula. kat luar sana ramai yang menanti kerja saya ni sekiranya saya berhenti kerja. 




Friday, February 27, 2015

third and last week mc

minggu ni adalah minggu terakhir mc aku tuh.
hari ni jugak adalah hari terakhir jumaat minggu terakhir aku mc lepas sebulan.
sepanjang bulan februari aku tak keje maksudnyer.
dalam hati sedih sebab cuti sudah habis!
masa untuk kerja.
masa aku pulak tak banyak dihabiskan dengan buat benda berharga pun.
adalah sikit.
mcm kemas rumah. buat pasport. pergi bank.
cmtu ajelah.

aku dalam dilemma sekarang sebenarnya.
entah ape patut aku buat.
-_-



Sunday, February 8, 2015

2nd week MC

harini dah masuk 2nd week aku bercuti.
dalam otak fikir mcm2 bila dah duk rumah ni kan..
business, blaja english..ahahahaha biasala berangan tu..
tambah plak aku xde anak.. rasa mcm cuti masa SPM dulu aje..
mcm cuti zaman belajar cuti semester.

nak aje sihat cepat2 sebab banyak benda tak boleh buat bila sakit kaki ni.
yela xboleh jalan kan.. kalau patah tangan boleh lagi kehulu kehilir..
patah kaki ni.. sume harap orang aje nak buat ape2..
kalau orang tak de.. simpan dalam hati ajela nak buat ape2 benda..

tapi kalau dah sihat kena keje..
waaaaa... xbest.
sepanjang kat rumah alhamdulillah xpernah sekali pun aku rasa stress.
bahagia sangat rasanya....
kalau kat ofis rasa tak tenteram aje hidup.
ahahahah ada je benda yang tak habis buat. balik rumah sampai berfikir2..

boleh la beribadat sikit.
cewahhhh bukan la nak jadi ustazah.. tapi bila ada masa lapang macam ni..
happynyer nak beribadat. boleh la bangun malam2..boleh lah fokus.
sebab otak tak fikir esok nak keje.

dalam hati fikir.. rasanya aku lebih sesuai mcm ni.
buat kerja dari rumah dan buat business sendiri.
tapi aku xboleh lagi amik risiko berhenti kerja dengan keadaan ekonomi sekarang..
insyAllah suatu hari nanti..



Thursday, February 5, 2015

MC started

bermulalah mc aku sejak dari 4 feb hingga 18 feb. dalam 2 minggu jugak la.
kalau kira sejak jari aku patah pada 31 Jan 15 ni..
kira-kira bermula 1 feb sampai 22 feb jugak lah aku bercuti sakit..

rasanya cepat aje kot sembuh kaki aku ni sebab skrg pun dah ok sikit.
kadang2 terkena kat sakit tuh aje yg ngilu dan sakit..
keje2 biasa aku boleh aje buat..



hopefully 23 Feb 2015 dah boleh masuk kerja kan..
hehehe
ok bercuti lama ni aku tak tahu nak buat ape..
seharian kat rumah pun aku bosan..
apetah lagi 2 minggu..
fuhhhhh

Tuesday, February 3, 2015

tragedi 31 jan 2015

kisahnya aku  baru balik dari majlis dina mlm tu.
plan dah cntik balik majlis dina akan terus balik kampung.
yelah cuti lama..
half day 29 jan (kamis).. 30 jan cuti ke majlis dina (jumaat) malam tu terus balik.
31 jan sabtu nak balik kelantan.. lagipun cuti sampai 3 feb sebab cuti hati hari wilayah dan cuti thaipusam. ( 4 hari cuti.. 2 weekend dan 2 cuti public disitu yer)

so kami naik moto ke TBS. aku mintak suami hantar.
masa nak ke sana jalan masuk terowong. suami tersalah jalan.
kami patut ke kanan. tapi masa nak ke kanan tu ada vellfire potong masuk ke kiri..
suami terkejut dan nak elak
maka terjadilaaaa....
suami terlanggar divider.. masa langgar tu kena la jari kaki aku..
memula suami marah aku nangis. dia kata suruh aku lawan perasaan sakit..
mungkin tak serius..
aku tengok jari kaki dah bengkok dan renggang dengan jari yang lain..
aku agak dah patah. tapi suami sedapkan hati.
mungkin cuma terseliuh.
tapi disebabkan sakit aku buat keputusan untuk balik rumah.
sebab tak jamin kalau balik naik bas jugak haritu tak tahu ape jadi nanti..
so kami pun balik umah semula..malam tu aku tido dengan keadaan sakit.

esoknye 1 feb aku bangun tido tengok kaki bengkak dan biru.
suami tak sedap hati. aku pun terkejut tengok.
maka kami pun ke klinik berdekatan..
doktor syak jari kaki aku patah sebab dah lebam dan biru..
kami pun ke hospital untuk buat xray..
maka sahla dalam xray tuh nampak dengan jelas tulang jari kaki aku retak..
memang jari aku retak.. sampai doktor cakap kena simen..
hurmmm
perasaan aku?
sedih ke gembira tak tahu la..
aku kan jadi projek manager untuk event tu.. tapi last2 tak dapat attend..
keje plak banyak jugak kena buat..
bos aku? langsung tak komen masa aku inform aku eksiden..
die marah kot aku lama tak de nanti..
sorry bos!

esok aku akan follow up balik ke hospital untuk simen kaki.
wish me getting better okay..


Saturday, January 24, 2015

project manager

saya ni bukan la baka pemimpin.
mak ayah adik beradik bukan la dikalangan orang yang berani dan banyak pegang jawatan.
biasa2 aje adalah.

tetiba bos bagi task untuk jadi project manager conference.
serabutnyer la..
dia kata sebab nak uji kemampuan kepimpinan aku.
memang pon..
aku tak pandai sangat nak handle orang ni..

dalam carta organisasi jabatan aku adalah salah seorang ketua unit..
tapi rasanya aku lah ketua unit yang paling low sekali.. :(
xde ape yang aku boleh offer lagi sebab banyak sangat lagi aku kena buktikan..
salah satu benda ialah buktikan yang pemilihan bos aku terhadap aku lantikan sebagai ketua unit adalah tepat. dan bukanlah satu kesilapan besar.
itu lah pertama sekali yang aku perlu buktikan.

majlis adalah seminggu lagi.. tapi banyak sangat benda yang tak setel lagi.
nasib la dokumentasi sume dah siap. kalau yang tu pun sangkut mampus la aku!
nampak sangat nanti sume benda tak jalan.
bab makan malam aku malas dah nak amik port.
bia jela dak2 kelab yang uruskan.

pasal conference ni pun aku dah sakit kepala lagi diorg nak tambah.
penat dah nak bergaduh dengan orang.
satu perkara yang jelas sebagai ketua ni.. asyik bergaduh je dengan orang.
akan ada yang tak meyokong.
ikot hati nak aje aku buat aje semua yang aku nak buat tanpa fikir pendapat orang..
yelah dah susah sangat.
menyampah pulak aku..
tapi sebab sikap ambil peduli so aku follow jugak ape yang mereka nak tuh..
sedikit sebanyak efek timeline dateline.. sume dah delay!!!

kalau yang komplen bagi kerjasama xpe lah jugak
ini tidak.. tahu komplen ajeeee...
aku rasa aku dah belajar sesuatu dari pengurusan majlis ini.
lepas ni.. aku dah tahu mana nak mula. insyaAllah.


Friday, January 9, 2015

tetiba fikir pasal af?

harini mengelamun... sambil sakit gigi layan perasaan.. dengar lagu dak2 af ni.. memula lagu firman.. pastu lagu aman.. without you.. best gak lagu tuh.. xsangka dia dapat tempat kedua.. hehehe
anyway meh nak share sikit biodata diorg..

check it out..

Senarai Rasmi Biodata 12 Pelajar Akademi Fantasia AF 2014
AF
1. Adel
adel
  • Nama Penuh: Adeline Joyce Masidah
  • Umur: 21 Tahun
  • Asal: Sabah
  • Sifat: Penyayang, Suka menolong, berdikari, berusaha untuk berjaya
  • Muzik kegemaran : Balada, Slow Rock, pop, Jazz
  • Penyanyi Kegemaran : Dato Siti Nurhaliza, Kris Dayanti, Celine Dion, Beyonce
  • Pelakon Kegemaran : Aaron Aziz, Erra Fazira

2. Aman
aman
  • Nama Penuh: Muhammad razman Bin Abdul Aziz
  • Umur: 21 tahun
  • Asal: Melaka
  • Sifat: Pemalu, mesra, sweet talk
  • Muzik Kegemaran : Balada, POp
  • Penyanyi Kegemaran :Hafiz Af, One Direction
  • Pelakon kegemaran : Nora Danish, Wentworth Miller

3. Azwan
azwan
  • Nama penuh:Azwan Bin Satar
  • Umur: 30 tahun
  • Asal: Johor
  • Sifat: Suka mendengar amsalah orang lain sekaligus suka membantu, Suka bergurau, penyayang, Tidak Suka dikongkong, Mudah tersentuh, Suka berkawan tidak kisah dengan sesiapa sahaja
  • Muzik Kegemaran : pop, pop rock, slow rock, pop R&B. Asli
  • Penyanyi Kegemaran : Dato Siti Nurhaliza, jamal Abdillah, Anuar Zain, Afghan
  • Pelakon kegemaran : Aaron Aziz, Yana Shamsudin, Nora Danish, Heliza Helmi

4. Ewal
ewal
  • Nama penuh: Ikhwal Hafiz Bin Ismail
  • Umur: 22 tahun
  • Asal: Perak
  • Sifat: Periang, Bercita-cita tinggi, Komited
  • Muzik Kegemaran : Pop, R&B, Soul, Jazz
  • Penyanyi Kegemaran : Michael Jackson,Luther vandros, Sudirman
  • Pelakon kegemaran :  Johnny Depp, Leonardo Dicaprio
  • 5. Farez
    farez
    • Nama penuh: Muhammad Fareezuan Bin Adnan
    • Umur: 19 tahun
    • Asal: Kuala Lumpur
    • Sifat: Ceria, Peramaj, Tidak Cerewet, Manja
    • Muzik Kegemaran : Pop balada, Pop Etnik, Pop Jazz
    • Penyanyi Kegemaran :  Dato’ siti Nurhaliza
    • Pelakon kegemaran :  Fauziah Nawi

6. Firman
firman

  • Nama penuh: Mohd Firman Bin Bansir
  • Umur: 25 tahun
  • Asal: Sabah
  • Sifat: Seorang yang peramah, Mudah bergaul, Suka bercerita, Pendiam. Pemalu, Serius melakukan sesuatu kerja
  • Muzik Kegemaran : Rock, Moden
  • Penyanyi Kegemaran : Azlan and The Typewriter, Faizal Tahir
  • Pelakon kegemaran :  Farid Kamil, Sofi Jikan, Adi Putra

7. Muna
muna

  • Nama penuh: Muna Shahira Binti Munadir
  • Umur: 20 tahun
  • Asal: Johor
  • Sifat: Ceria, Mudah bawak bersembang, Suka menyanyi dalam tandas,
  • berusa mendapatkan apa yang diingini, Mudah menangis tapi tegas
  • Muzik Kegemaran : Balada
  • Penyanyi Kegemaran : dato Siti Nurhaliza
  • Pelakon kegemaran :  Farid Kamil, Lisa Surihani

8. Nina
nina

  • Nama Penuh:  Nina Nadira Binti Naharuddin
  • Umur: 22 tahun
  • Asal: Selangor
  • Sifat: Sangat gemarkan teater, berkamhiran bermain piano, Gitar dan ukulele, Suka bergaul
  • Muzik Kegemaran : Jazz & R&B
  • Penyanyi Kegemaran : Adele
  • Pelakon kegemaran :  Sharnaaz Ahmad

9. Nuha
nuha

  • Nama Penuh: Syamila Nuhair Binti Zainordi
  • Umur: 21
  • Asal: Perak
  • Sifat: Proaktif, Sukakan Cabaran, Mudah Simpati, Mudah menyesuaikan diri
  • Muzik Kegemaran : And Im Telling You Im Not Going
  • Penyanyi Kegemaran : Dharice, Jessica Sanchez, Beyonce, Whitner Houston
  • Pelakon kegemaran :  Syafie Naswip

10. Wawa
wawa

  • Nama Penuh: Walfadhilah Binti Suhaizat
  • Umur: 19 tahun
  • Asal: Selangor
  • Sifat: Kuat nangis, Takut pada ketinggian, Suka bersendiri,Suka memasak
  • Muzik Kegemaran : Balada
  • Penyanyi Kegemaran : Salamiah Hassan & Alyah
  • Pelakon kegemaran :  Dato’ Rosyam Nor, Erra Fazira

11. Zarif
zarif

  • Nama Penuh: Muhammad Zharif Bin Mohd Kamil
  • Umur: 26 tahun
  • Asal: Johor
  • Sifat: Ceria, Suka berjenaka, gemar menghiburkan hati kawan2, Mudah menyesuaikan diri,
  • Peramah, penyayang, Pendamai
  • Muzik Kegemaran : Rock, Moden rock, Soul
  • Penyanyi Kegemaran : Jamal Abdillah, Faizal Tahir, Hazama
  • Pelakon kegemaran :  Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Hanis Zalikha

12. Ziha
ziha

  • Nama penuh: Nor Ziha Binti Md Salleh
  • Umur: 20 tahun
  • Asal: Johor
  • Sifat: Ceria, Suka buat kerja cepat, Tak suka buang masa jika perlu cepat, Tepati Janji
  • Muzik Kegemaran : Balada
  • Penyanyi Kegemaran : Adira
  • Pelakon kegemaran : Nabila Huda, Izara Aishah

hope af lepas ni dapat amik pelajar yang lagi best. sebab rasanya ramai lagi yang berbakat tapi tak lepas. tak tahu lah kenapa...