Saturday, January 24, 2015

project manager

saya ni bukan la baka pemimpin.
mak ayah adik beradik bukan la dikalangan orang yang berani dan banyak pegang jawatan.
biasa2 aje adalah.

tetiba bos bagi task untuk jadi project manager conference.
serabutnyer la..
dia kata sebab nak uji kemampuan kepimpinan aku.
memang pon..
aku tak pandai sangat nak handle orang ni..

dalam carta organisasi jabatan aku adalah salah seorang ketua unit..
tapi rasanya aku lah ketua unit yang paling low sekali.. :(
xde ape yang aku boleh offer lagi sebab banyak sangat lagi aku kena buktikan..
salah satu benda ialah buktikan yang pemilihan bos aku terhadap aku lantikan sebagai ketua unit adalah tepat. dan bukanlah satu kesilapan besar.
itu lah pertama sekali yang aku perlu buktikan.

majlis adalah seminggu lagi.. tapi banyak sangat benda yang tak setel lagi.
nasib la dokumentasi sume dah siap. kalau yang tu pun sangkut mampus la aku!
nampak sangat nanti sume benda tak jalan.
bab makan malam aku malas dah nak amik port.
bia jela dak2 kelab yang uruskan.

pasal conference ni pun aku dah sakit kepala lagi diorg nak tambah.
penat dah nak bergaduh dengan orang.
satu perkara yang jelas sebagai ketua ni.. asyik bergaduh je dengan orang.
akan ada yang tak meyokong.
ikot hati nak aje aku buat aje semua yang aku nak buat tanpa fikir pendapat orang..
yelah dah susah sangat.
menyampah pulak aku..
tapi sebab sikap ambil peduli so aku follow jugak ape yang mereka nak tuh..
sedikit sebanyak efek timeline dateline.. sume dah delay!!!

kalau yang komplen bagi kerjasama xpe lah jugak
ini tidak.. tahu komplen ajeeee...
aku rasa aku dah belajar sesuatu dari pengurusan majlis ini.
lepas ni.. aku dah tahu mana nak mula. insyaAllah.


No comments:

Post a Comment