Friday, February 27, 2015

third and last week mc

minggu ni adalah minggu terakhir mc aku tuh.
hari ni jugak adalah hari terakhir jumaat minggu terakhir aku mc lepas sebulan.
sepanjang bulan februari aku tak keje maksudnyer.
dalam hati sedih sebab cuti sudah habis!
masa untuk kerja.
masa aku pulak tak banyak dihabiskan dengan buat benda berharga pun.
adalah sikit.
mcm kemas rumah. buat pasport. pergi bank.
cmtu ajelah.

aku dalam dilemma sekarang sebenarnya.
entah ape patut aku buat.
-_-



Sunday, February 8, 2015

2nd week MC

harini dah masuk 2nd week aku bercuti.
dalam otak fikir mcm2 bila dah duk rumah ni kan..
business, blaja english..ahahahaha biasala berangan tu..
tambah plak aku xde anak.. rasa mcm cuti masa SPM dulu aje..
mcm cuti zaman belajar cuti semester.

nak aje sihat cepat2 sebab banyak benda tak boleh buat bila sakit kaki ni.
yela xboleh jalan kan.. kalau patah tangan boleh lagi kehulu kehilir..
patah kaki ni.. sume harap orang aje nak buat ape2..
kalau orang tak de.. simpan dalam hati ajela nak buat ape2 benda..

tapi kalau dah sihat kena keje..
waaaaa... xbest.
sepanjang kat rumah alhamdulillah xpernah sekali pun aku rasa stress.
bahagia sangat rasanya....
kalau kat ofis rasa tak tenteram aje hidup.
ahahahah ada je benda yang tak habis buat. balik rumah sampai berfikir2..

boleh la beribadat sikit.
cewahhhh bukan la nak jadi ustazah.. tapi bila ada masa lapang macam ni..
happynyer nak beribadat. boleh la bangun malam2..boleh lah fokus.
sebab otak tak fikir esok nak keje.

dalam hati fikir.. rasanya aku lebih sesuai mcm ni.
buat kerja dari rumah dan buat business sendiri.
tapi aku xboleh lagi amik risiko berhenti kerja dengan keadaan ekonomi sekarang..
insyAllah suatu hari nanti..



Thursday, February 5, 2015

MC started

bermulalah mc aku sejak dari 4 feb hingga 18 feb. dalam 2 minggu jugak la.
kalau kira sejak jari aku patah pada 31 Jan 15 ni..
kira-kira bermula 1 feb sampai 22 feb jugak lah aku bercuti sakit..

rasanya cepat aje kot sembuh kaki aku ni sebab skrg pun dah ok sikit.
kadang2 terkena kat sakit tuh aje yg ngilu dan sakit..
keje2 biasa aku boleh aje buat..



hopefully 23 Feb 2015 dah boleh masuk kerja kan..
hehehe
ok bercuti lama ni aku tak tahu nak buat ape..
seharian kat rumah pun aku bosan..
apetah lagi 2 minggu..
fuhhhhh

Tuesday, February 3, 2015

tragedi 31 jan 2015

kisahnya aku  baru balik dari majlis dina mlm tu.
plan dah cntik balik majlis dina akan terus balik kampung.
yelah cuti lama..
half day 29 jan (kamis).. 30 jan cuti ke majlis dina (jumaat) malam tu terus balik.
31 jan sabtu nak balik kelantan.. lagipun cuti sampai 3 feb sebab cuti hati hari wilayah dan cuti thaipusam. ( 4 hari cuti.. 2 weekend dan 2 cuti public disitu yer)

so kami naik moto ke TBS. aku mintak suami hantar.
masa nak ke sana jalan masuk terowong. suami tersalah jalan.
kami patut ke kanan. tapi masa nak ke kanan tu ada vellfire potong masuk ke kiri..
suami terkejut dan nak elak
maka terjadilaaaa....
suami terlanggar divider.. masa langgar tu kena la jari kaki aku..
memula suami marah aku nangis. dia kata suruh aku lawan perasaan sakit..
mungkin tak serius..
aku tengok jari kaki dah bengkok dan renggang dengan jari yang lain..
aku agak dah patah. tapi suami sedapkan hati.
mungkin cuma terseliuh.
tapi disebabkan sakit aku buat keputusan untuk balik rumah.
sebab tak jamin kalau balik naik bas jugak haritu tak tahu ape jadi nanti..
so kami pun balik umah semula..malam tu aku tido dengan keadaan sakit.

esoknye 1 feb aku bangun tido tengok kaki bengkak dan biru.
suami tak sedap hati. aku pun terkejut tengok.
maka kami pun ke klinik berdekatan..
doktor syak jari kaki aku patah sebab dah lebam dan biru..
kami pun ke hospital untuk buat xray..
maka sahla dalam xray tuh nampak dengan jelas tulang jari kaki aku retak..
memang jari aku retak.. sampai doktor cakap kena simen..
hurmmm
perasaan aku?
sedih ke gembira tak tahu la..
aku kan jadi projek manager untuk event tu.. tapi last2 tak dapat attend..
keje plak banyak jugak kena buat..
bos aku? langsung tak komen masa aku inform aku eksiden..
die marah kot aku lama tak de nanti..
sorry bos!

esok aku akan follow up balik ke hospital untuk simen kaki.
wish me getting better okay..