Tuesday, February 3, 2015

tragedi 31 jan 2015

kisahnya aku  baru balik dari majlis dina mlm tu.
plan dah cntik balik majlis dina akan terus balik kampung.
yelah cuti lama..
half day 29 jan (kamis).. 30 jan cuti ke majlis dina (jumaat) malam tu terus balik.
31 jan sabtu nak balik kelantan.. lagipun cuti sampai 3 feb sebab cuti hati hari wilayah dan cuti thaipusam. ( 4 hari cuti.. 2 weekend dan 2 cuti public disitu yer)

so kami naik moto ke TBS. aku mintak suami hantar.
masa nak ke sana jalan masuk terowong. suami tersalah jalan.
kami patut ke kanan. tapi masa nak ke kanan tu ada vellfire potong masuk ke kiri..
suami terkejut dan nak elak
maka terjadilaaaa....
suami terlanggar divider.. masa langgar tu kena la jari kaki aku..
memula suami marah aku nangis. dia kata suruh aku lawan perasaan sakit..
mungkin tak serius..
aku tengok jari kaki dah bengkok dan renggang dengan jari yang lain..
aku agak dah patah. tapi suami sedapkan hati.
mungkin cuma terseliuh.
tapi disebabkan sakit aku buat keputusan untuk balik rumah.
sebab tak jamin kalau balik naik bas jugak haritu tak tahu ape jadi nanti..
so kami pun balik umah semula..malam tu aku tido dengan keadaan sakit.

esoknye 1 feb aku bangun tido tengok kaki bengkak dan biru.
suami tak sedap hati. aku pun terkejut tengok.
maka kami pun ke klinik berdekatan..
doktor syak jari kaki aku patah sebab dah lebam dan biru..
kami pun ke hospital untuk buat xray..
maka sahla dalam xray tuh nampak dengan jelas tulang jari kaki aku retak..
memang jari aku retak.. sampai doktor cakap kena simen..
hurmmm
perasaan aku?
sedih ke gembira tak tahu la..
aku kan jadi projek manager untuk event tu.. tapi last2 tak dapat attend..
keje plak banyak jugak kena buat..
bos aku? langsung tak komen masa aku inform aku eksiden..
die marah kot aku lama tak de nanti..
sorry bos!

esok aku akan follow up balik ke hospital untuk simen kaki.
wish me getting better okay..


No comments:

Post a Comment