Sunday, March 29, 2015

kisah cuti

salam.

dah lama tak bercerita dalam blog ni kan...
hurmm after last week aku mc dulu..
aku dah mula bekerja semula pada 1st week of mac.
until third week. aku realize yang cuti aku banyak dan perlu habiskan before 31 mac.
so on the last week aku plan untuk pergi bercuti. i mean the whole week on 4th week of mac. 

aku dah maklum pada bos on the third week lagi.
masa tu bos aku tak ambil peduli.
so aku assume nothing la..
hari last aku kerja (jumaat minggu ke 3) before aku mula bercuti next week...
aku telah dipanggil masuk ke bilik bos. 

1st masa pagi dalam kol 9 pagi.
bos: kamu nak cuti?
saya: yup. 
bos: kamu sedar tak kamu baru masuk kerja after mc sebulan?
saya: saya mc sebulan sebab kemalangan. bukan sengaja. lagipun saya masih banyak cuti yang perlu dihabiskan. 
bos: saya banyak kerja. masa cuti pun saya datang kerja. kamu plak baru masuk kerja lepas mc sebulan. ni nak cuti lagi.
saya: saya kemalangan. bukan sengaja nak mc smp sebulan. 
(dalam hati saya cakap.. kenapa nak compare diri dia tugas seorang bos yang banyak dengan saya seorang kuli yang dah siap kerja ni? gaji pun asing2.. kalau dia tak boleh cuti sebab kerja banyak jangan heret saya sekali hanya kerana tak puas hati saya boleh bercuti) 
bos : hmmmmm... 
saya : -saya terus keluar after bos tunduk2 kepala dan ckp ok- 

masa ni dalam hati dah sedih. sebab bos pertikaikan mc akibat kemalangan saya. saya dah setelkan semua kerja. saya tak ada sebarang sebab untuk tidak boleh bercuti. melainkan perasaan dengki seorang bos terhadap pekerjanya tadi. saya ingat dah habis dah topik pasal cuti ni.. rupanya dia berdendam... 

2nd masa kol 3 ptg after lunch
bos: masuk bilik meeting kita nak diskas report.
saya ok
bos : kalau saya tak approve cuti awak mcm mana? lagipun saya dapat arahan dari bigboss nak buat meeting next week.
saya : (terkedu saya kena ugut tak nak approve cuti saya mcm tu) owh saya minta maaf tak dapat hadir sebab bercuti masa tu.
bos :  ya allah hey awak nak bercuti jugak? tak faham ke bos nak buat meeting?
saya : mcm ni la saya maklum pada bigboss sendiri la klo bos tak approve cuti saya ni.
bos: -senyap sambil geleng kepala-

saya pernah aje attend meeting tapi ada yang tidak hadir kerana sedang bercuti. kenapa pula saya terpaksa batalkan cuti untuk hadir meeting?? saya telah apply cuti tersebut seminggu awal dan meeting tersebut dicadangkan pada hari terakhir sebelum saya bercuti. seolahnya meeting tersebut dengan sengaja untuk dijadikan alasan supaya saya membatalkan cuti saya. 

akhirnya saya emel pada bigboss. tak pernah wassap pun saya wassap minta dia approve cuti saya.
masa itu saya sangat beremosi. agak degil sebab terdorong perasaan kecewa dan sedih tadi. nasib baiklah pukul 8 malam bigboss reply wassap saya tadi dengan jwpn "ok".

saya tak faham logiknya di mana seorang yang bercuti akibat kemalangan tidak boleh bercuti lagi dalam masa terdekat walaupun semua kerjanya sudah setel.  sedangkan seorang perempuan yang melahirkan anak cuti 2 bulan jugak.. lagi lama.

ape perasaan kau kalau kau ada cuti banyak tapi sayangnya tak boleh guna sebab bos tak lulus walaupun kerja kau dah siap? sebab bos tak lulus kerana kau dah mc sebulan akibat kemalangan. 
sedih kan?

sudahla masa saya kemalangan bos yang tadi tu langsung tak tanya khabar. masih suruh saya buat kerja. dan saya mengambil inisiatif untuk siapkan kerja walaupun sedang mc. hari pertama selepas mc saya masuk kerja.. dia tak endahkan saya. tapi akhirnya panggil saya masa nak beri kerja baru. kawan2 lain tanya khabar. tapi dia langsung tak tanya. tak per lah saya tak nak la amik hati. saya fikir positif dia sibuk walaupun lalu lalang depan meja saya tak sempat bertanya khabar saya. cuma bila dia persoal pasal mc saya ni sedikit sebanyak saya kecil hati dengan perangai bos mcm ni.

dalam facebook ada pasal video kisah makan gaji. sedih rasanya tengok dan keadaan diri pula kebetulan mcm tu.. nak tak nak terpaksa makan hati dan bersabar ajelah sebab ini sahaja sumber rezeki buat masa sekarang. tak kan nak berhenti kerja pula. kat luar sana ramai yang menanti kerja saya ni sekiranya saya berhenti kerja. 




No comments:

Post a Comment