Monday, August 8, 2016

Hilangnya seorang kawan.

Salam semua.

Dah lama tak menulis.
hati rasa nak menulis dan meluah sebab sesuatu yang aku nak cerita ni agak terkesan kepada diri aku..
aku rasa aku perlu untuk terus ingat peristiwa ni so perlu abadikan dalam blog..

kisahnya tentang seorang rakan baik.
rakan yang membesar bersama aku suatu ketika dahulu.
aku namakan rakan aku ni sebagai A.
kami berkawan rapat semasa sekolah menengah. tingkatan satu masa hingusan hingga habis SPM.
aku memang tak punya kawan lain selain dia masa sekolah dulu.
aku berkawan bertiga tapi dia yang aku kawan dulu so secara teknikalnya aku rapat sikit dengan A berbanding yang seorang lagi.

selepas masing2 bawa haluan untuk belajar universiti/politeknik, A pun dah ramai rakan lain which is aku tengok pun perangai dia pun dah berubah. A bukan soft girl yang aku kenal dlu.
she just different. tp aku kena la accept kan. manusia memang akan berubah ikot masa. then kami bertiga telahpun bekerja dan berkahwin sekarang.

rezeki aku sampai awal. antara kami bertiga aku yang dapat tawaran sambung belajar universiti dlu then kerja dlu dan berkahwin.cuma rezeki mereka berdua lebih awal untuk anak2. walaupun diorg baru kawin tapi masing2 dah ada anak. aku je yang belum.

dipendekkan cerita berlaku satu tragedi antara A dan aku. benda yang simple aje sebenarnya, A tersalah kata dan gaya bergurau dengan aku masa tu.. cuma masa tu aku yang tak dapat terima dan kawal emosi. kisahnya kawan yang seorang lagi turun KL.

tapi sebelum nak turun kawan seorang lagi tu siap pesan pada aku dan A nak jumpa. (A tinggal di KL juga mcm aku) bila dah turun KL akhirnya tak dapat jumpa sebab anaknya buat hal. masa tu aku ada kursus di bangi namun bergegas balik KLCC sebab nak jumpa kawan2, kawan yang anaknya buat hal tu berada di KLCC masa tu. aku agak kecewa tapi aku faham. faktor anak. aku tak punya anak lagi tapi aku kenala hormati keadaan kawan yang susah nak kawal anak masa tu..

then pergaduhan tercetus bila A nak bergurau dengan sinis dengan cakap aku sayang kawan yang seorang lagi tu dengan sanggup balik KL dan buat apa saja.. aku sedikit terguris dengan cara A bergurau.

kisahnya aku sedar antara kami bertiga aku yang dimudahkan rezeki terlebih dahulu tapi adakah tanggunngjawab aku seorang untuk menjaga persahabatan ni? sejak dari dulu lagi cuma aku yang mahu berjumpa kawan2. aku punya kancil yang sejak dari dulu aku gunakan untuk jumpa mereka.  setiap kali hari raya pasti aku berkunjung kerumah mereka. bila aku mengajak ke rumah aku.. alasan mereka tak punya kenderaan. ok lah aku akur. kalau nak keluar aku yang akan jadi transporter. ambik mereka berdua dan hantar pulang seorang-seorang.. itu dikampung.. dan pada zaman sekolah dan belajar..

then masa aku dah mula kerja di KL mereka masih belajar sebab aku dapat offer ke universiti dulu dan graduate dulu.. so mereka ni tak kerja lagi dan tak de duit. ok la aku masih lagi mengalah.. aku yang pergi ambik dan hantar.

bila kawan aku A dah bekerja KL, masih juga tak dapat jumpa aku.. duit gaji pula tak cukup kata A.. aku pernah ke rumah A di Bangsar naik kereta kancil aku sampai sesat2..  rumah A depan LRT bangsar.. boleh sangat kalau nak ke rumah aku dan suami di setiawangsa ni.. naik LRT bangsar dan  turun LRT setiawngsa tapi A tak ada effort pun? mcm2 alasan.. aku rindu kawan2 aku tapi mereka tak rindu aku ke? suami A kawan sekolah kami. memang kenal sejak tingkatan 4. sekarang A dah ada anak. bagi alasan anak pula.

kalau nak ikotkan aku sangat terkilan sebenarnya dengan A dan kawan seorang tu. cuma paling terkesan A la sebab aku kenal die lebih lama.. kami kenal masa tingkatan 1 sampai la tahun 2016 ni umur kami 28 tahun.. dah 15 thun kenal... aku rasa aku aje yang banyak memberi untuk menjaga persahabatan kami.. tapi mereka? ada aje alasan mereka yang tersendiri. aku ni bukan la nak cepat merajuk memaksa orang tak faham orang ada hal penting semua,. tapi dah 15 tahun aku dengar alasan...dari zaman belajar sampai ada anak.. bila aku ajak jumpa, time belajar xde kete xde duit.. time keje duit tak cukup. time dah kawin ada anak kecik susah nak jumpa.. dalam masa 15 tahun ni aku rasa mcm diorg tak hargai aku pun ada... bukan la nak ambik hati sangat.. tapi rasa nya cara mereka layan aku tak mcm cara aku layan mereka...

sekarang aku dah jauhkan diri daripada mereka.. sayang sebenarnya sebab dah 15 tahun jaga...yela dari zaman sekolah.. fmly masing2 pun dah kenal..  tapi aku rasa dah penat sangat "bertepuk sebelah tangan" ni... A ada cari aku nak mtk maaf. contact suami aku sebab nak mtk maaf. dia mungkin ingat aku jauhkan diri dari dia sebab salah faham gurauan dia.. sebab masa dia wassap suami aku dia mention pasal bergurau.. jauh disudut hati aku dah maafkan A,. yang kawan sorang lagi tu pun tak salah sebab dia tak dapat nak wassap aku kol dan bgtau aku yang dah OTW ke KLCC dari bangi tu sebab anak dia wat hal.. esoknya baru la die leh maklum.. :( yela aku kena faham sendiri la kot...  aku tak ada anak lagi... mungkin klo aku ada anak nanti dah janji dengan kawan esok tapi sebab anak wat hal seminggu kemudian baru leh maklum kat kawan aku xjd jumpa... mgkin? kan... so kena la faham sendiri..  entah la fikir positif ajela...

aku dah tak contact mereka lagi skrang... diorag pun dah remove aku dari FB dan instagram..
aku cuba untuk jadi kawan dan sahabat tapi mungkin aku terlalu memaksa. sampai bila masa aku perlukan mereka yang aku anggap sebagai sahabat untuk layan aku mcm aku layan diorg.. diorg tak dapat buat even after 15 tahun aku jadi frust.. aku sendiri yang salah. aku terima seadanya yang aku dah pun kehilangan mereka. dan aku yang relakan keadaan ni...


9 Ogos
12.15am
setiawangsa